Wednesday, 2 December 2015

PRINSIP DAN ELEMEN DALAM SENI REKA FESYEN DI MALAYSIA


A.    POTONGAN

Setiap rekaan fesyen pakaian mempunyai potongan tersendiri mengikut kreativiti dan imaginasi pereka fesyen itu sendiri mengikut elemen-elemen yang ingin ditonjolkan dan keunikan rekaan yang berbeza dari rekaan yang sedia ada. Namun potongan adalah berbeza antara fesyen pakaian lelaki dan fesyen pakaian wanita berdasarkan ciri-ciri fizikal yang berbeza. Lazimnya pakaian wanita mempunyai potongan yang mendedahan kecantikan tubuh badan wanita itu sediri manakala potongan pakaian bagi lelaki lebih mengutamakan ciri-ciri “kegentleman” mereka seperti lebih bersifat kasual dan maskulin. Potongan fesyen pakaian juga mengambilkira faktor umur, budaya, cuaca, dan sebagainya.


B.     CORAK

Corak adalah faktor utama dalam prinsip rekaan pakaian kerana corak kadangkala corak dapat menggambarkan fesyen yang ditonjolkan adalah milik seseorang pereka fesyen itu sendiri. Corak juga berbeza antara satu rekaan dengan rekaan yang lain kerana setiap pereka fesyen akan cuba menggambungkan pelbagai elemen untuk menghasilkan corak yang tersendiri. Corak juga berbeza mengikut faktor kebudayaan setempat, agama, musim, dan sebagainya. Contoh paling ketara dapat dilihat di Malaysia dan diluar Negara seperti Eropah dimana corak pakaian berasaskan batik amat terkenal di kalangan pereka fesyen tempatan berbanding pereka fesyen luar Negara.


C.     BUDAYA

 Setiap kaum, etnik, dan Negara mempunyai budaya yang tersendiri dan unik yang amat berbeza diantara satu sama lain. Ciri ini dapat dilihat dari zaman terdahulu lagi. Seseorang pereka fesyen itu kadangkala menonjolkan corak-corak tertentu dalam rekaannya untuk menunjukkan kebudayaan sesuatu bangsa itu atau dalam kata yang lebih tepat adalah sasaran pengguna fesyen tersebut contohnya corak batik disasarkan lebih kepada budaya kemelayuan yang dipakai oleh orang Melayu. Budaya juga boleh dibezakankan antara dunia Barat dan dunia Timur dimana tradisi asal budaya Timur amat mementingkan pakaian yang sopan dan menutup aurat manakala budaya Barat mempunyai fesyen pakaian yang lebih menjolok mata dan seksi. 


D.    MUSIM

Prinsip dan elemen pakaian yang dimasukkan dalam sesuatu fesyen pakaian juga mengambilkira faktor musim contohnya di Barat fesyen pakaian adalah berbeza untuk musim sejuk, panas, luruh dan musim bunga. Di Timur contohnya Malaysia, fesyen pakaian adalah berbeza mengikut musim tertentu seperti musim perayaan. Di musim Hari Raya Aidilfitri banyak rekaan fesyen pakaian yang dikeluarkan dan ianya adalah pengubahsuaian dari pakaian asas iaitu baju kurung, baju kebaya dan baju yang diinovasikan untuk menghasilkan fesyen yang lebih menarik, elegan dan terkini.

AKTIVITI SEKOLAH


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas?



Hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:
1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.
Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

PETUA UNTUK HILANGKAN BATUK


Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri.

Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Membatuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

PETUA UNTUK HILANGKAN BATUK.

Dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yang memuaskan setelah beberapa ketika.

Resepi Mudah Kek Biskut Marie



Bahan-bahan buat Kek Biskut Marie :

  • 500gm biskut merrie (1 peket ½)
  • 1cawan gula*
  • ½cawan sebuk koko*
  • 1cawan air*
  • ⅔cawan mentega*
  • 1sudu kecil vanilla*

Topping coklat Kek Biskut Marie

  • ½ cawan susu sejat
  • 1 bar coklat masakan
  • Hiasan seperti kekacang @ buah buahan.

Cara-Cara buat Kek Biskut Marie

  •  Pecahkan biskut merrie, ketepikan
  •  Dalam periuk kecil, jadikan satu bahan bertanda *
  •  Whisk sebati
  •  Panaskan diatas api yg perlahan, sentiasa kacau rata. selama 7-8 min.
  •  Tuang didalam mangkuk yg mengandungi biskut merry tadi.
  •  Gaul mesra.
  •  Masukkan dalam acuan kek
  • Tekan dan padatkan, simpan dalam petisejuk 1jam.

Untuk membuat topping Kek Biskut Marie

  •  Panaskan susu sejat, matikan api & masukkan coklat masakan
  •  kacau sebati.
  •  Tuangkan diatas kek dan sejukkan semula 1jam.
  • Hiaskan & hidangkan.

Resepi dan Cara Buat Puding Kek Berlapis



Bahan-bahan Puding Kek Berlapis:

  • 300 gm kek coklat lembab

Lapisan Tengah

  • 30 g tepung kastad
  • 1 biji kuning telur
  • 600 ml air
  • 150 ml susu cair
  • 100 g gula pasir
  • 1 camb serbuk agar-agar
  • Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas Kek Berlapis

  • 30 gm tepung jagung
  • 500 ml air
  • 150 ml susu segar
  • [50 g gula pasir
  • 1 camb serbuk agar-agar
  • 100 g coklat putih, dihiris
  • Cara membuat Puding Kek Berlapis
  • 1. Hiris nipis kek dan alas pada dasar loyang 22 cm.
  • 2. Lapisan tengah: Larutkan tepung kastad, kuning telur dan sedikit air. Tuangkan ke dalam periuk.
  • 3. Masukkan baki air, susu cair, gula, serbuk agar-agar dan pewarna kuning ke dalam periuk.
  • 4. Kacau campuran puding di atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
  • 5. Angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.
  • [6. Lapisan atas: Satukan semua bahan kecuali coklat putih. 

Kacau atas api perlahan hingga pekat. Kek Berlapis

  • 7. Angkat dan campurkan coklat putih. Bila larut, tuangkan ke atas lapisan tengah.
  • 8. Biar sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.   
Selamat mencuba dan jangan lupa share yerr..

Cara Membuat Kek Lapis Cheese Dengan Mudah

Bahan-bahan Kek lapis cheese:

  • 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
  • 1 Cawan susu segar
  • 250gm Cream cheese
  • 100gm Whipping cream non-dairy
  • 3 Sudu besar gula castor
  • 1 Sudu besar gelatin halal
  • 50ml air panas


Hiasan Kek lapis cheese:
Chocolate rice

Cara membuat Kek lapis cheese:

  • 1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.
  • 2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  • 3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  • 4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.
  • 5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.
  • 6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.
  • 7. Bekukan dalam 1-2 jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.
Selamat Mencuba :)